"Abg, tak bosan ke tengok muka saya tiap-tiap hari?" Soal seorang isteri untuk menduga suaminya.
"Kenapa nak bosan pulak sayang oiii..."
"Ye la..dah 10 tahun kita kahwin asyik tengok muka saya je."
"Kalau dah sayang tu, tak akan bosan la..Lainlah kalau dah ada 'ter'sayang orang lain pulak.hehe"
Tak bosan ke? Masuk rumah nampak muka dia. Masuk dapur nampak muka dia. Keluar tandas punn nampak muka dia. Kalau masuk tandas nampak muka dia tak?Haha..ok jangan merapu!! Wahai pembaca sekalian, sebenarnya entry ni tak ada kaitan sangat pun dengan dialog kat atas tu. tapi aku ada satu mesej nak sampai kan. Apa dia??
Tips rumah tangga
Korang tak akan bosan dengan benda yang korang suka,minat dan sayang. Sebagai contoh, "kamu minta drama
Tips Belajar
Aku kadang-kadang rasa bosan nak menuntut ilmu ni. Sebab tu aku malas bab-bab belajar ni. Semua orang pernah rasa macam ni kan? Kalau tak pernah rasa, meh sini nak tanya, "Anda malaikat?" haha...Jadi untuk motivasi belajar kita pada hari ini.. Jom kita belajar sebab kita suka,sayang, minat ilmu yang bakal kita dapat kalau kita belajar. Kita belajar kerana Allah. Maka mesti kita tak bosan untuk nak tambah ilmu. Setuju? Tak setuju sudah..Aku kesah apa..haha..
Entry kali ini memang merapu. Kalau nak tips rumahtangga jangan tanya aku sebab aku belum bermahtangga lagi. Kalau nak tips belajar? Haaa..jangan tanya aku jugak sebab aku tak pernah berjaya lagi. Tunggu result SPM aku Straight A+++ nanti, aku buat sesi perkongsian. Nak aku bersyarah pasal tips belajar dari pagi sampai petang pun aku tak kesah tapi buat masa ni...Aku bukan orang yang layak.Haha..
”Kita tak akan bosan dengan perkara yang kita suka,minat, cinta dan sayang. Maka, biarlah suka,minat cinta dan sayang terhadap sesuatu perkara itu berasaskan kepada perkara yang kekal abadi, Dia yang Kekal.”
Kat atas ni kata-kata dari seorang ilmuan dan ahli falsafah agung iaitu Fahmi. Bukan fahmi penulis blog ni..haha..Nak guna sebagai pedoman hidup? Jangan malu-malu,jangan segan-segan. Kerna malu dan segan bukan pada tempatnya bukan sifat orang beriman...
Mood:Penangan Exam..Siang malam cakap pasal pelajaran. Merapu pun dalam jargon yang pelik-pelik. Semua pasal pelajaran. Esok Paper Chemistry..Senang je kan?Haha...
8 comments:
goodluck~~~
wat yang terbaik!
bila tengok mak ayah saya, saya terfikir sejenak..
" harap2 nanti saya kawin, husband saya tak jemu ngn saya, saya pom harap saya tak jemu dengan dia."
susah la kalau cinta hilang...siyes3
Kalau dah rasa bosan,meh sini nak kongsi tips.nak tak?haha
gaya mcm dh kawen je..haha
kimia?? senang je!!
hadoi, kalau dah minat tu memang insyaAllah akan fight till the end.
eh, sape kata cerita korea tak bosan, ada jer yang bosan..hahaha
Bad Guy Best! :D
sy pun alergik.....klu alergik...bontot sy an timbul ruam2 =P
sy pun alergik.....klu alergik...bontot sy an timbul ruam2 =P
sy tag kamoo...
http://hazirahnasiruddin.blogspot.com/2011/05/pencarian-bloglist-boy-girl-pendamba.html
Post a Comment