Ego,
Hampir sahaja dunia ini binasa kerana ego.
Ego,
Begitu ramai yang sesat kerana ia.
Ego,
Ramai juga yang membenci bermula dengannya.
Bagaimana aku juga tidak terlepas untuk punya sifat ini? Ohhh..Aku juga manusia. Manusia normal yang ada perasaan dan kesabaran. Mana mungkin aku bisa lari dari hakikat ini. Tiada siapa mungkin.
Aku tidak mahu segala yang indah menjadi tragedi berdarah. Jika bukan darah pada fizikal tapi tetap ada pada mental. Tidak terungkap pasti luka itu amat pedih pada emosional.
Aku kena tunduk. Aku kena melutut. Bukan aku melutut bukan pada tempatnya. Aku merendah pada tempatnya. Bukan siapa yang suruh tetapi Dia yang suruh. Aku bukan makhluk yang ego tidak mahu sujud meletakkan dahi ke bumi.
Rendah dan memberi. Itu aku patut semaikan. Perlukah kemenangan buat diri jika hanya meruntuhkan angan-angan orang lain? Aku tidak sanggup melihat orang merana kerana langkahku. Kadangnya puas itu tetap terasa, namun pada hari yang mendatang bagaimana? Sesal tidak terkata..
"The purpose of life is not to win. The purpose of life is to grow and to share.When you come to look back on all that you have done in life, you will get more satisfaction from pleasure you have brought into other people’s lives than you will from the times that you outdid and defeated them."
Rabbi Harold Kushner
Fahmi: Siapa yang nak dapat pahala sedeqah bulan pose ni? Meh kita tolong membe kita jap. Al kisah dia ni masuk contest. Keje dia ajak orang masuk Octove. Meh tolong Broframestone. Octove ni serius cantik menarik tertarik. Dah terpengaruh? Jom daftar ramai-ramai..Tekan SINI cepat!!! ahaha
7 comments:
untuk sekian lama..baru entri kali nie menarik jari aku utk komen.. moga kamu bisa membimbing yg lain dgn ilmu yg kamu ada..inshaallah.. all da best arief..
Thx adibah ishak.=)
ego
ego tu sgt perlu
tp jgn biarkan ego yg menentukan kita
kita yg perlu menentukan ego itu
ramai juga yg binasa dek ego yg melampau :)
sbb ego lah manusia jadi marah , baran dan sbgainya . hmmm
Ego kereta besar, bawak slow macam lesen L..
rasa nak langgar jer belakang kereta tu..
ego..sendiri sedar..
sgt mendalam maksudnya :')
Post a Comment