(pemilik blog adalah seorang awek yang cun namun anda tidak dibenarkan mengorat si dia) hahaha..
Malam tadi aku tidur kat rumah pakcik aku. Lokasi perlu dirahsiakan demi keselamatan negara.(poyo jap) Nak dijadikan cerita, malam tadi pakcik aku ni risau dan gelisah memanjang. Risau pasal kereta yang aku bawak(perdana).
"Kereta bawak masuk parking kat dalam lah.."
"Malas la paklang,biar je kat luar tu. Tak ada apa-apa kot. Saya baca surah Al-baqarah hembus selamat la tu. Insyaallah.."
"Tak boleh!! Jom kita ubah kereta tu. Parking proper sikit. Taak selamat kat situ."
Oleh kerana aku merupakan seorang anak buah yang baik lagi mentaati nasihat orang tua, aku pun ubah kedudukan kereta aku tu. Nak dijadikan kisah....
Pukul 3 pagi..
Sebuah kereta proton wira telah dibakar. Dibakar ye. Bukan terbakar atau pun kereta itu membakar diri dia sendiri. Ini kes ada orang sengaja bakar kereta itu kerana kebakaran bermula dari bahagian belakang kereta. Adakah ada orang buat BBQ di situ?Motif masih dalam siasatan polis.
Pic 1: Dikatakan pembakaran itu dimulakan dari selipar itu.
Pic 2: Kereta sempat diselamatkan
Pic 3: Hanya bahagian belakang terbakar
Untuk pengetahuan, kereta yang dibakar itu ialah milik tok imam di surau berdekatan. Aku baru solat sebelah dia malam tadi. Tak pula aku terhidu bau kecelakaan ini dari dia, kalau aku dapat menghidu, pukul 3 pagi aku dah terpacak depan rumah dia nak tengok siapa yang nak bakar kereta dia.Whaahaa!!
Ini bukan cerita aku reka. Kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini. Adakah punca semua ini kerana sakit mental? Jom baca penyelesaian di entry aku yang INI
Fahmi: Nasib baik aku dengar nasihat pakcik aku. Kalau tidak, mungkin Proton Perdana aku yang arwah pagi tadi.hoho..Namun persoalannya, adakah pakcik aku mempunyai kuasa luar biasa yang mampu menghidu perkara-perkara sebegini bakal berlaku?(penutup yang suspen) haha..
9 comments:
mula2 ingt cerita kau reka.
tapi pas dah tgk kete tu
dah terbaka gitu..
mmg cayelahhh..
huh kesian tok imam tu
gambar tu baru tangkap ke?
dan baru terbakar?
Yup,baru pagi td amek gambar.peristiwa kol 3.nak sebarkan boleh bro.amek pengajaran.ingat kat london je?huhu
hoh... kuat instinct paklang kamu. nasib tak meletop kete tuh. takpe la, ade la tu hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Allah nak selamatkan tok imam anak beranak daripada kejadian yang lagi teruk dari kete terbakar ni. wallahuaklam
Tu la pasal,instict orang beriman kot.hehe
fiu~ bulan2 puasa pun ade orang nak khianat ke. adui...sian betul.
konon nak saspen..ceyt..
nasib baik ko ank sedara yang "baik" dan 'dgr ckp org tua' kannnn... kalau tak slmt tinggal la kete tu..
beginilah bila manusia hilang pedoman, melakukan kerosakan itu bagaikan hiburan buat merak. semoga kita di jauhi drpd pengkhianatan sebegini
Ujian kat tok imam bulan2 baik gini...kesian kat tok imam sefamily...nak balik raya xleh letak beg laa kat bonet tu...huhuhu...kalo ler dpt tau sapa yg buat tu..apa kata..kita bako..bako jer bontot org tu...
sejak bilak pakcik awak ada 6th sense ek...Syukur...idak...
pss....awek blog tu mmg cub pun...hehehehe.....
Post a Comment