Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, December 19, 2010

Bila Anak Menembak Ibunya Menggunakan M-16


Dia dilahirkan dalam satu keluarga yang cukup bahagia. Dia ada ibu yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang diri dia. Ayahnya pula bekerja siang dan malam demi menyara keluarga dia. Semua orang sayangkan dia. Semua orang sentiasa cuba mendampingi dia dan juga sentiasa ingin memberi perlindungan kepada dia..Tapi...

Dia tidak bersyukur dengan anugerah tuhan yang dia perolehi ini....

"Kau pekak ke ha? dah berapa kali aku cakap jangan kejut aku pagi-pagi buta macam ni. nanti aku solat la. tut laaa..."

"Kau ketepi lah..aku boleh buat benda ni sendiri.." ibu dia yang datang untuk menolong dia yang sedang cedera teruk di bahagian kaki terus dia tolak dengan kasar. Terduduk ibu bila diperlakukan sebegitu.

"Aku nak bagi last warning kat kau, kau jangan nak masuk campur hal aku, aku nak keluar malam balik pagi ke, aku nak bawak perempuan balik rumah ke, suka hatilah..kalau kau nak rasa benda ni lagi cuba lah ya halang aku lagi ..." Paangg!! satu penampar dari tangan yang cukup kasar dan besar melayang ke pipi si ibu. Menangis teresak-esak si ibu. Apa nak jadi dengan anak aku ni...

Dia bukan tidak tahu yang si tua itulah yang membesarkan dia dalam pelukan penuh kasih sayang.

Bukan dia tidak tahu bahawa si perempuan yang rambutnya kian memutih itu lah yang memberi dia makan dari sekecil-kecil tapak tangan sehingga dia sebesar bapa orang sekarang..

Bukan dia tidak tahu saat dia terlantar sakit, wanita itu lah yang berjaga malam demi memantau perkembangan kesihatan dia..

Dan bukan dia tidak tahu yang si ibu itulah yang melahirkan dia kedunia ini. setelah sembilan bulan sepuluh hari mengusung dia kesana kemari..

kenapa si ibu memberi kasih dan sayang tetapi dia balas dengan memberikan benci dan nestapa??

Kenapa si ibu memberi madu tetapi dia balas dengan racun tikus??

Kenapa si ibu memberi bunga tetapi dia mengangkat M-16 lantas terus melepaskan tembakan yang tidak berperikemanusiaan kepada si ibu itu??

Apakah manusia seperti ini masih lagi layak untuk digelar manusia? Anak jenis apakah ini? Tidak reti menghargai kurniaan tuhan apabila dianugerahi seorang ibu yang baik bahkan sebuah keluarga yang bahagia....

Dunia terus berputar mengikut paksinya. kali ini pandangan corong teropong jatuh pula kepada seorang remaja di sebuah daerah yang bernama XY...

" Apa masalah kau ni ha? jangan kacau hidup aku lagi boleh tak?"

"Jangan nak bajet caring kat sini ok, aku tak perlukan kau.."

Setelah beberapa kali dia didatangi oleh seorang perempuan yang dia sendiri tidak tahu dari mana asal usul, yang seringkali menawarkan pertolongan kepada dia, dia sudah mula rasa resah. Dia tidak suka hidupnya diganggu oleh wanita itu..

"Aku dah bagi berjuta-juta kali amaran kepada kau. apahal kau masih nak ganggu hidup aku ha?" perempuan itu diterajang. dia sudah tidak tahan. maaflah makcik, saya tidak suka makcik nak campur hal kehidupan saya macam ini.

Walaupun ketika dia sakit, perempuan itulah yang cuba mendekati dia dan cuba untuk memberi rawatan kepada dia tetapi dia tetap tidak mengiktiraf kehadiran perempuan itu.

Mungkin kerana dia menganggap perempuan itu asing. Dia tidak kenal siapa perempuan itu. Mungkin kerana itulah dia berasa kurang selesa dengan kehadiran perempuan itu.

Namun satu hakikat disebalik peristiwa-peristiwa itu masih belum dia ketahui. Dia tidak tahu bahawa wanita itu merupakan ibu kandung dia...

Assalamualaikum semua pembaca sekalian...

Aku nak tanya korang semua, budak yang pertama atau yang kedua lebih jahat?

Si A tahu bahawa yang perempuan itu ialah ibu dia. dia tahu siapa perempuan itu tetapi dia tidak mahu menerima dan menghargai perempuan itu.

Manakala Si B pula tidak tahu siapa perempuan yang tiba-tiba datang kat dia dan bajet caring pasal hal ehwal kehidupan dia. Maka atas ketidak selesaan itu, dia pun kurang ajar dengan minah tu..

aku nak tulis pasal kisah ni pun sebenarnya sayu je aku rasa. Ada ke anak-anak yang jenis macam ni? aku harap sangat-sangat kita semua tidak jadi manusia yang berperangai seperti binatang macam ni. Binatang pun reti sayang mak oiii...

sebenarnya aku nak cakap pasal menghargai kurniaan tuhan je. ini sebagai peringatan kepada mereka-mereka yang beragama islam termasuk jugak diri aku. kita semua ada agama dalam diri. Kita semua kenal dengan agama kita iaitu islam. Agama kita itu indah, umpama seorang ibu yang ingin memberi perlindungan kepada anaknya..

Kalau kita kenal agama kita dan kita sedar kita ni beragama tapi masih bertindak seperti orang yang tidak beragama maka kita dah seperti Si A yang kenal dan tahu itu ibu dia tetapi dia kurang ajar dengan ibu dia.KEJAM!!

Kalau yang tergolong dalam golongan Si B maka saya nasihatkan untuk sama-sama kita mengkaji siapakah perempuan itu, perempuan itu adalah islam. Jika kita tahu islam maka kita akan menghargainya. Jangan lah jadi seperti Si A yang dah ada islam tapi tidak pandai menghargai. Nerakalah pengakhirannya....
ini mungkin pendapat aku dan buat peringatan buat diri aku je kalau ada yang tidak bersetuju maaflah ye..dan kalau ada yang terasa bagus lah ye..hehehe..=)

sekian~

13 comments:

hans said...

insyaallah
moga kita semua tidak tergolong dalam manusia macam nih

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

masmurni said...

Amin....

CekLa said...

tak boleh terima manusia yang kurang ajar dengan ibu sendiri.

Memorable Maiden said...

tajuk hebat...

durra abd razak @ kocikin... said...

Dua2 kena jaga tahap dewa...ok...

hargailah Ibu dan ayah anda ketika mereka masih hidup...dan janganlah digores2 hati mereka dgn perbuatan kita yg mereka x redha...compom hidup x berkat....

Ingatan utk diri sendiri gak dan utk penulis blog nie gak ;) ...iskhh..iskhh...windu aaaaa....nak balik!!!!!

Ain Zulaikha said...

saya harap saya tak kan jadi macam tu.. nauzubillah.. saya sayang mak ayah saya.

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Fahmi, banyak utk direnungkan. Tima kasih untuk citer yg banyak tersurat dan tersirat.

FAHMI said...

sama-sama..teruskan bersama fahmi ya,banyak lagi kisah yang nak diceritakan.hehehe.peace.=)

ijatnuar87 said...

semoga kita dijauhkan dari kedua2 golongan itu...aper2 pom,tajuk memang panas,hehehe

sarah abadan said...

nice entry... ;)

eQuRlz said...

sayangi lah ibu kita sementara dia masih hidup.. :)

A.D.A.M. said...

Makan dalam ni. =)

Adibah Ishak said...

=)pernah dengar, tp setelah diblogkan lg gempakz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...