Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Monday, December 13, 2010

Bila Cicit menyalahkan Moyang...


Assalamualaikum…

Entry hari ni aku tak nak bagi apa-apa tips atau apa-apa je lah..aku nak bercerita sahaja. Dah kata cerita fahmi so suka hati aku nak bercerita apa la kan?haha.. entry hari ni aku katogerikan sebagai catatan peribadi dan lebih menjurus kepada peringatan buat diri aku.ok? dalam aku ingatkan diri aku,aku harap korang semua pon dapat ambil pengajaran ok. Tak kesah la korang nak baca atau tidak post ini,terpulang..aku tak mengharapkan pageviews yang beratus-ratus atau komen berpuluh-puluh. Hanya sekadar aku sedar dan korang semua sedar..ok? dah sedia nak baca? Jom baca….=)

Tengah hari tadi waktu lunch aku duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan aku kat satu port ni. Pelbagai topic kami sembang. Dari hal pelajaran sehinga ke hal yang merapu kerapu. Sembang punya sembang tiba-tiba aku dengar ada seorang member aku ni cakap..

“semalam aku main skate dengan member-member skate aku kat &$%$! Park..sbelum aku main aku tonggak satu tin Carlsberg..perghh…aku cakap kat kau la,tenaga je nak main,jatuh pon tak rasa sangat sakit dia. Semangat membara je aku maen….”

Kawan aku yang kat sebelah ni pulak sambung. Aku kat sebelah dengar je. Tak tahu nak cakap apa..

“kau penah minum jedi tak?”

“tak pernah,aku minum liquor je. Aku lg minat liquor la.”

“ aku penah minum jedi,sedap lah sialll..tapi mahal la, 1 botol 250 ringgit. Tapi kalau kau nak rasa la kan, cuba kau pergi karaoke kat ampang,diorang ada buat offer satu botol 230 je. Sedap dohh…”

Aku masih duduk kat sebelah diorang. Aku tak terkejut kalau diorang sembang benda-benda macam ni sebab dah ramai sangat kawan aku yang kaki mabuk dengan kaki clubbing ni. So,aku just duduk diam dan berfikir serta mengamati perbualan diorang. Kadang-kadang rasa sayu je aku tengok kawan-kawan aku ni..huuu..

Masuk je dalam kelas aku terus duduk kat tempat aku. Tengah-tengah belajar tiba-tiba aku dengar bunyi bising dari tempat duduk dihadapan aku. Memang mengganggu konsentrasi aku untuk focus kat kerja yang aku tengah buat.
“ketuk..ketuk..ketukk…”
Apa kena lah dengan kawan aku seorang ni. Dia ambil kalkulator pergi hentak-hentak kat kepala dia. Sekejap lepas tu hentak kepala kat dinding pulak. Aku pelik.

“kau ni pahal ketuk-ketuk kepala kau ni?”

“pening dohh..aku tak boleh belajar.push-push tak nak masuk jugak.”

“Kau rasa macam mana?”

“Entah la, aku rasa macam tak ada otak kat dalam tempurung kepala aku ni. Ni sebab aku minum banyak semalam la ni. Nak main skate pastu nak layan, so aku minum la 2-3 tin Carlsberg.” Dia sengih kerang masam kat aku. Hampeh punya budak. Padan muka dengan kau.

“Padan muka dengan kau lah. Sape suruh kau minum. Kepala biol,study terus hancur. Last-last jadi bodoh dan bangang dalam hidup. Sebab tu la islam tak bagi minum arak.” Aku straight je sembur. Memang patut pun aku cakap macam tu. Hukum minum arak yang terang dan jelas tu dia dah tau tapi apa pasal la masih gatal tekak nak minum air setan tu..ishhh…

Sekarang ni aku mohon banyak-banyak aku jadi kuat untuk nak tolak semua benda-benda bangang bengong ni. Tak mustahil lepas aku tulis entry ni tiba-tiba ada gadis comel lote datang ajak aku pergi clubbing dan aku cair. Maka aku terus pergi minum dan buat aktiviti haram yang sewaktu dengannya di pub. Sampai dah puas anak tekak dengan kerongkong aku merasa air setan tu dan puas kemaluan aku melayan gadis itu. Tak mustahil kan? Jom doa sama-sama mintak benda-benda ni jauuhhh…amin~

Lagi satu, aku ada member-member yang jenis bengong macam ni jugak. Clubbing, minum arak dan aktiviti-aktiviti yang spiesis dengannya. Dan mereka amat Berjaya dalam pelajaran mereka. Ada seorang ni, perangai macam setan la tapi result spm power!! Straight A’s biasa lah kan tapi ni siap ++++ lagi tu.

Ini memang menjadi kerisau aku. Bukan aku je lah,sepatutnya korang semua jugak. Kes budak ni adalah kes yang bernama ISTIDRAJ..

Apa maksud ISTIDRAJ ni ha? Maksud dia ialah Allah bagi kita nikmat yang banyak dan kita lupa kepada Allah. Nikmat itu bertambah dan bertambah lagi atas sebab untuk menyesatkan kita lagi. Seram kan dengar?

Macam kes budak ni la, dia langgar semua perintah Allah tapi dalam masa yang sama Allah bagi nikmat yang pelbagai kepada dia. Result SPM gempak. Makin sesatlah dia. Tenggelam dalam kenikmatan hidup yang dia tak sedari yang sebenarnya semakin hari semakin menyesatkan dan menjauhkan hidup dia dari jalan Allah.. semoga beliau mendapat hidayah.Amin~

Kalau kita payah sangat nak ikut islam betul-betul, aku bagi satu prinsip mudah la untuk kita sama-sama pegang. Tapi ni basic sangat-sangat dan tidaklah cukup ataupun memadai untuk kita masuk syurga. Kalau nak Berjaya hidup, buatlah lebih. Prinsip ni mungkin sebagai garis panduan supaya kita tidak tergelincir jatuh ke lembah kegelapan…

“enjoy tetap enjoy tapi perintah Allah janganlah sesekali tinggal.”

Kawan aku pernah cakap kat aku yang dia respect dengan life aku. Aku bukan nak bermaksud nak riak ke ape ye..

“aku respect doh kau,kau buat ini dan itu dengan kitaorang tapi bila sampai waktu solat je,mesti kau hilang. Kalau kitaorang ni, solat? Tinggal harapan dan kenangan~”

Aku pun senyum dan cakaplah kat dia..kau nak enjoy-enjoy la tapi solat janganlah kau buat main. Benda wajib do!!haha..=)

Aku harap pembaca aku semua jauh dari benda-benda ni ye. Kamu semua baik-baik belaka kan?=) cuba korang bayangkan darah daging korang yang hasil dari air setan tu hidup dalam diri korang. Zat-zat besi yang ada kat dalam arak tu serap kat sperm atau ovum kalian semua. Bila proses persenyawaan berlaku dan lahir seorang baby, tak ke rasa baby tu ada darah haram? Kesian keturunan kita, moyang minum arak,cicit dapat tempias daging haram dari moyang dia. Tak pasal-pasal kat akhirat nanti,

“ bongok la moyang aku ni, dia yang minum arak,darah daging aku pulak yang ada saham haram dia. Siall~”

Setakat sini sahaja aku nak kongsi. Aku harap dikalangan pembaca aku ni tak ada yang kaki clubbing dan kaki botol. Tak ada kan? Kalau ada, sudah-sudah la nak bermaksiat besar tu ye..hehe..

Jom kita sama-sama doa supaya kita dijauhkan dari ISTIDRAJ ni..takutnye bila kita disesatkan tapi kita tak sedar yang kita sesat..huhu..korang takut tak?

(p/s:tak rasa macam anjing kat atas ke kalau minum arak?hehe~)

Sekian~

29 comments:

Anonymous said...

nice nice. ak da lame xsmayang, tp lps bce ni, buat ak tegerak nk smayang. thanks fahmi.

Muaz Faris said...

aku komen first. bangga sebab lepas ni mesti ada komen..

kalo nak minum arak tu, fikir lah masak-masak apa yang akan berlaku..
ni dah khyal, pastu buat benda lain..

FAHMI said...

Muaz:anda orng kedua..hehe..

Anon: solat itu satu kewajipan.kalau solat settle,insyaallah yang lain settle.=)

farez syinon said...

mintak2 dijauhkan dpd bnde2 yg x spatotnye.ameen.

p[A]n[A]d[O]L said...

enjoy la smpi ko koma skalipun,
tapi yang wajib jan d lupa..

azi nur said...

mintak jauh la....anak cucu cicit sgale keturunan..amin~

lynn angel said...

mengucap pjg sy.. sy xpernah alami pengalaman macm ni.. xtau ape yg sy akn buat kalau sy jd awk.. moga2 diaorg amik pengajaran drpd teguran awk tu.. aminn..

Misz Mas. said...

ape dasat sangat member ko..moge yg bace ni tersedar dan menyedarkan.

FAHMI said...

haha..tu la pasal..aku pernah je kena offer segala jenis dadah. tapi alhamdulillah aku kuat. dapat jugak aku tolak tawaran hebat insan-insan itu.hahaha

AesyaZealous said...

betul2..solat tu wajib!

AKU DIA DAN VESPA said...

istidraj..penah bace sal ni.. mitak dijauhkan... aminn..

hans said...

dunia sekarang
aku pun ada kawan2 macam nih juga
diorang pun tahu benda tu salah
tapi masih buat
itu lah masalahnya
aku berdoa semoga mereka berubah dan bertaubat

Jom Tengok Entry Terdahulu

P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

ALIAA MIZAN said...

takotnyer....naseb baek xpenah jumpa lagi kawan camtu

~iera nazirah~ said...

nice story...semoga kite semua dijauhkan

jann sinuja said...

best gila ayat ouhhh..kalau ade yg bace tp xsedar jugak..tak taw la ape yg diorang pikir lam idup..

FAHMI said...

thx semua..semoga kita jadikan hidup kita yang sekali ni bermakna ya..=)

ibuintan said...

carilah kawan yg menyenangkan bukan yg membawa kemusnahan

Lis Amir said...

nice entry. semoga hidup lebih baik lepas ni:)

tomatokering :) said...

nuzubillah... takotnye..huu

amira zakiah said...

dasyat betul....marilah kite menuju ke jalan yang benar!asyik duk menyimpang je kojenyer

FAHMI said...

kawan seperti ini perlu.supaya kita ambil pengajaran tapi jangan ikotlah..prinsip kena kuat.kalau aku tak ada kawan mcm ni,tak bolehlah aku buat entry mcm ni.btol x?hehehe

. . . h u s n a . . . said...

i like!! i like!! i like!!!

semoga~anda~

bertemu dengan jodoh yang terbaik buat anda ...

ANATI SOKI said...

adooih.. zmana skrg.. mcm2.. haiish.. takut je tgk.. :)
solat itu tiang agama :)

.Inilah aku. said...

bez gak entri ni..tbe2 rasa nak follow..hehe..kalau rajin2 jengah la ke teratak hamba.. :)

lagi cantek kalau tuan hamba cuba mengajak mereka yg terleka tu sama2 menjadi baik..

kerana kita bukan saja nak jd baik, tp nak baikkan org lain juga.. ~

FAHMI said...

husna> kenapa tiba-tiba jodoh ni?hahaha..

Inilah aku>mungkin kalau kita tak mampu,cukuplah sekadar kita tunjuk contoh yang baik.contoh,masuk waktu terus kita solat.membe2 yang lain mesti malu kalau tak ikut skali maka lama kelamaan diorang akan follow kita solat skali.btol x?=)

jongang said...

wiwiit , hebat2

Adibah Ishak said...

saya pernah berada di situasi yg lebih kurang sama malah lebih teruk. saya syg rakan2 saya, semoga mereka kembali ke jalan yg lurus..amin.

Anonymous said...

ish2...
mintak jauh la...

Ashraful Huri said...

okay, cerita ni saya dah dengar di musolla tempoh hari :)

pengisian hebat ! teruskan membaca karya Hlovate ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...