" Aku nikahkan dikau dengan limah binti peon dengan mas kahwin 1111 ringgit tunai..."
Tadi aku pergi upacara akad nikah. Semangat nak teruskan kehidupan terus naik bila tengok orang kahwin(apa kaitan?). Jadi sebab semangat tu la aku tulis entry ni..hahaha..
MAjlis tadi berlangsung 2 in 1. Sekarang dah ramai dah buat style tak payah tunang ataupun tunang lima minit je lepas tu terus nikah. Bagi aku benda macam ni bagus. Benda baik tak payah nak tangguh2 dah..betol tak? hehe..
Jadi, aku sebagai yang dah berpengalaman dalam bab-bab ni nak la bagi sikit nasihat. Yang tengah bercinta tu kat luar sana, terus la kahwin. Tak payah tunggu lama-lama. Pagi esok cakap kat parent nak kahwen then minggu depan terus buat walimah. Best2..hehe..
Tak ada la nak berkepit sana-sini buat tambah dosa. Tambah anak-anak buang. Kahwin, malam tu terus buat anak halal. Tak payah fikir dosa, dapat pahala siap.hahaha..
Kepada kawan-kawan blogger aku kat SB yang baca ni, kahwin la cepat2 ehh. Jangan lupa jemput aku. itu yang penting. Haha..
Ni gambar aku kahwin, sorry kalau aku tak jemput. Lain kali aku jemput eh..Lain kali? Hahaha..
kenduri lagi satu aku jemput korang. Jangan risau. Haha
pengantin laki sempoi,pakai kopiah..haha
ps: Kebelakangan ni topik cari jodoh hangat di SB jadi aku tulis entry ni untuk korang.hehe..peace
12 comments:
haih, x sudah2. haha
wah ! tahniah2 ! hehehe. tak jemput !
gile sempoi..kopiah je..haha
CB, lain kali fahmi jemput la..Fahmi dah jemput jgn tak datang pulak..hahaha
hahaha. kalau tak jemput, nanti CB dpt taw. CB bakar khemah ~
Fuyyoo..dah la kuis dekat je ngn rumah fahmi..seram2..jemput..jgn risau la..hahaha..CB kahwin jgn tak jemput. Bakar pelamin baru tau~
btol tu..tunang kjp je pstu nikah..sy pn fikir nk bt mcm tu jgk..hehe
huaaa melepasss...:DDD
melopeh den nak poi kenduri ekau...ngengenge...
tahniah...gud!
semoga kekal ke akhir hayat dan bahagia sokmo!:)
bagi slumberdek tak berapa suka dengan 2 in 1 yg dicakapkan kerana tunang tu kan ada tujuan dia. ia dibuat tu untuk kita kenal pasagan tapi zaman sekarang ni sebelum kawin kita dah kkenal dengan pasangan kita jadi boleh gunakan tempoh tunang untuk mengenali kerluarga masing2. hehhehe ini cuma pendapat slumberdek jer.
Post a Comment