Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, March 18, 2011

Ada Apa Dengan Segmen Aku??

Aku ada dapat berita yang ada orang mengata aku belakang. Aku tak nak bagitau la sapa si dia kat sini sebab aku tak nak timbulkan kekecohan ataupun pergaduhan..Aku inginkan sebuah dunia blog yang aman damai. Korang pun sama kan??

Si dia cakap, buat apa nak join SEGMEN FAHMI?? Apa aku dapat? Sapa dia tu? Tak pernah dengar nama pun. Buang masa aku je nak join segmen dia. Kalau dia femes dan traffik tinggi tahap dewa tak apa la aku nak join. Ada la jugak benefit aku dapat. Ni baru setahun jagung je kat dalam dunia blog dah poyo nak buat segmen bajet femes....Fuhhhh..Aku tenang setenang kolam di belakang rumah aku...

Maka hari aku pun nak jawablah apa yang korang dapat bila join segmen aku. Walau tak hebat mana pun segmen aku tapi aku rasa masih ada manfaat yang kita boleh dapat dari segmen ni. Betul tak? Hehe..

Apa korang dapat atau pun kita dapat??

1) Kita dapat berkongsi pendapat. Kau cakap macam tu, aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Sama-sama bertukar pendapat dan mungkin selama ini pandangan kita terhadap sesuatu perkara tu salah tapi bila kita buat segmen macam ni baru kita sedar selama ini apa yang kita fikir tu salah. Betul tak?Hehe..

2) Boleh memupuk keyakinan diri. Bila kita sedar yang diri kita ini ada kecantikan. Lagi-lagi bila kita baca entry orang lain yang cakap kecantikan itu milik semua orang maka kita pon termotivasi la. Tak ada la lepas ni nak buat pembedahan plastik. Kita belajar untuk menerima dan bersyukur apa yang kita ada.

3) Bila aku suruh tag kawan lain, maka bila korang buat itu menunjukkan korang tidak ego. Korang berani untuk mengatakan orang lain cantik. Tak merasa jeles kat orang tu. Tak merasa diri kita sahaja yang cantik. So, korang sudah berjaya menolak tepi perasaan takut untuk mengatakan orang lain lebih baik dari anda. Bukan untuk melemahkan semangat diri tapi untuk kita tidak lupa diri.

4) Bila korang tag kawan, maka secara tidak langsung hubungan antara korang semakin rapat. Takkan bila ada kawan kita cakap kita cantik, kita marah. Kita tak suka dengan kenyataan dia tu. Mesti kita cakap "terima kasih,awak pun cantik la..". So hubungan antara blogger makin intim,.Intim?haha..

5) yang terakhir ialah kita boleh bertukar-tukar tips kecantikan,.setakat ni dah macam-macam tips dah yang aku baca dari korang. Nanti aku buat koleksi ok. So bila kita ada tips dan kita amalkan maka itu menunjukkan kita menyayangi diri kita.Kita jaga penampilan kita.Kita jaga muka kita. Sebab apa nak kena jaga? Sebab itu semua milik Allah yang kita pinjam maka perlulah kita pulangkan dalam keadaan yang baik.

Inilah antara manfaat yang kita boleh dapat dari segmen aku. Lepas ni sapa nak cakap belakang lagi aku malas nak layan dah. Sebab bagi aku segmen ni membawa kepada kebaikan dan bukan keburukan. Dunia dan akhirat. Bab benefit untuk dunia blogging, aku akan cuba untuk mempromosikan entry korang yang kreatif belaka tentang segmen ini. Ok la kan? Walaupun traffik aku biasa-biasa je.hehe..

Ada permintaan untuk panjangkan lagi tempoh segmen ni. Jadi demi memenuhi dan menghormati sesetengah pihak,aku mengumumkan tempoh segmen ini akan dilanjutkan sehingga esok pagi.Esok pagi aku tutup sebab aku dah nak buat penilaian. Jadi aku harap lebih ramai yang akan join malam ni. Ajak ramai-ramai join. Baru la meriah. Nanti siap boleh buat buku tips kecantikan.haha...

Mood:Nak kumpul tips-tips kecantikan..Buat buku "Rahsia kenapa Blogger-blogger Malaysia cantik dan hensem-hensem belaka".Macam best!!haha..

8 comments:

thaiyibah said...

buat taktau jeeee. mulut org, nak tutup takleh.

tu hati busuk la tuuu cakap2 cmtu tu haha. cool sudaaa. anda kan cool ;)

keep writing! ;)

Hanafi Madzlan said...

chill2. mungkin die xpandai buat segmen mcm anda. challo betteh. gudluck!

Nor Suhaiza said...

die x sepopular ko la tu dik..sabar je la.or may be die bt segment xda org nak join..biaq pi la kat dia...
tak pun busk ati sbb da ramai blogger yg join segment ko...rilek2 suda...
okey...

Unknown said...

arrgghh!!xleyh jdi ni..ika pon jeles gk..segmen fahmi dpt sambutn..haha..chill je k..stu benci rmai lg suka..ala,,buang la sifat negatif ni jauh2..stay cool k..
lau kite benci org..akn rmai lg benci kita..

Aesya Zealous said...

last but not least, fahmi hensem, wahahha

cunndaa said...

segmen yg bgs...teruskan

Buuwa said...

pendapat masing2 takpa.. fahmi x paksa ikut segmen gak kan.? so.. biar kan c luncai ngn labu2 nya... ^_^ dia xnak joi udah.. pi sana duk maen jau2.. hek3

Nurul Farah Nabilah said...

bia kan je ap org ckp ..mlot owg ta bole ttuo kan3x.. hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...