Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Tuesday, March 15, 2011

Aku sudah berkedutt........

Untuk pengetahuan semua, aku ni baru form 5. Aku bukanlah seorang yang sudah bekerja mahupun seorang pelajar universiti. Ingat tu!! Aku ni budak bawah umur so kalau aku buat entry yang untuk budak atas umur(ada ke istilah ni?) maka maaf la ye..Tak sengaja. Hehe..

Malam ni aku nak cakap pasal umur. Sejak aku form 3 aku ni selalu dipandang macam orang tua. Perkara yang sering berlaku yang menyebabkan aku terasa macam tu ialah bila aku pergi kenduri. Maka berlakulah dialog kat bawah ni..

"Kamu Belajar kat mana universiti mana sekarang?"

"Kamu kerja kat mana sekarang?"

Dan baru-baru ni...

"Kamu ni balik masa Ops Piramid hari tu ke?"

Aku pun tak tahu kenapa. Kat muka aku ni ada tulis nombor 25 ke? Yang cakap aku ni umur 25.. Aku pelik. Nak kata aku dah berjambang, tak ada la lebat sangat. Aku ada kawan yang lagi lebat jambang dia. Tak ada pulak orang tanya soalan macam tu..

"Lahhhh..kamu nak daftar diri kamu sendiri ke? Ingat kamu nak daftar anak kamu masuk tusyen intensif ni..."

Pergghhh...Muka aku ni muka bapak orang ke? Sampai kerani tu ingat aku nak daftar untuk anak aku. Haha..Lawak pun ada jugak. Awet muda sangat bapak kalau anak dah nak amek SPM tapi muka macam aku. Gila kan kerani tu?Haha..

Aku rasa sebab aku nampak tua atau matang adalah sebab pemakaian aku. Fashion aku. Style aku. Sebenarnya sejak aku form 1 ayah aku dah suruh aku pakai baju berkolar. Kurangkan baju tanpa kolar sebab tak kemas..Aku selalu pakai baju macam ni la..


Ini kalau aku kuar biasa-biasa. Tapi kalau aku keluar pergi kenduri aku akan pakai baju kemeja ataupun baju batik. Style kan?? Ayah aku sangat pentingkan penampilan aku. Tak boleh selekeh-selekeh. Mungkin sebab tu aku nampak tak macam remaja lain kot. Aku berpakaian macam orang dah besar.Huuuu..

Aku pun tak tahu apa perasaan bila orang pandang aku lebih tua berbanding umur sebenar aku..Rasa-rasa bila umur aku 35 orang akan cakap apa pulak??

"Kamu pencen ambil EPF ke pencen?"

Tak mustahil kan? Hahaha...Terima apa yang kita ada. Cuba guna sebaiknya apa yang kita ada. Betul tak?? Hehe..Esok aku nak buat segmen lagi. Bagi aku tajuk dia agak menarik. Jadi siapa yang nak join, boleh la datang usha-usha blog aku esok eh..

Mood:Domino in the House..Lahap pizza jap.Hahaha..

24 comments:

Farah Hanim Mohd Alwi said...

haha XD
anda semakin tua la tu ngehngeh :P

fanafanoo said...

niceee post ! hoho . okayy lah tuuu orang cakap fahmi lagi matured dari usia . kalau fana nhe ha . umur je form 5 tapi cenonet jehhh ! orang cakap darjah 6 . lagi kesiannn taw ! huuuuuu .

dieya said...

hehe ok larh tu as long as xda yg pnggil tokwan! ngee~ :P

e|m|a said...

ceh bwh umo konon. bukan dah bole tgk cite 18 kat wyg ke? ;p

whitecappuccino said...

tua sebelum masanya??? gurau jer..

Nor Suhaiza said...

okey la 2..nmpk mtg.suka ke org kta kmu ni bdk2?

FAHMI said...

NS:Hehe..jgn cakap macam budak2,ckp nampak muda.hehe

WC:bukan tua,matang.lalala~

ema:jom tengok cter 18 ngn aku..haha

dieya:Ada la org panggil tokwan.jahat kan?huhu

f Dot: itu la awet muda.haha

FH:bukan tua,membesar.kui3

Ameerah said...

haha. samelah situasi yang aku hadapi.

dialong antarabangsa yang salu aku dapat
"kerja kat mane sekarang neh?"
"study kat mane?"

and yang paling terok tyme aku g beli teddy bear, akak tu tego aku,

"ha kak, beli kak.. beli untuk anak akak" ha memang best la en? tyme tu umur aku baru je form 2, hadoihhhh.

sedeyh tol -.-

Ze_Mhis said...

sob sob sob.. kejadian same berlaku padaku. sabor je la.. mungkin sebab daku kurang senyum???

Anonymous said...

wow . macam mana tu ? hehe . tapikan , saya ada sorang kawan yg tgk rupa je dah macam bapak org , tgk perangai pulak macam budak budak . pelik . ^^
btw , fahmi awk ok la . mature . hehe

ZACK ENTRY said...

situasi ni akan sering berlaku apabila muka kita kelihatan matang(tua) dari orang lain..:)

coffeepinkee said...

ish3.sian dia. agknye silap tahun tules kat ic.haha

Aesya Zealous said...

haha okey aku dapat bayangkan ko camne ornye..hoho

fasy shane said...

tau tak nape gtu>?? ko ni mesti anak baek .. jg hati mak ayah..x suka ikut kawan punyer stail.. dlu ak pown camtu, skang dh bebas...free...

follow u...

maisa said...

Mulut orang, bukan ble tutup pun.. lain kali, before orang tu cakap pape, kau cakap lah cam ni, erm encik,cik,pakcik,makcik,adik,abg,kakak,Saya baru je berumur 18 tahun!!! dengan nada yang tegas dan tersenyum sekejap je

el-Ghaith said...

klu faiz ibrahim yg licin x berjangugut, x b'jambang ni pon org prnh tanye uni mane; apetah lg fahmi yang penoh rambut disana sini. :-P

Unknown said...

sbb saiz bdn kot..hoho..ala,,senang nk buli org..org egt dh tue..kne lah hormat..pdhl sebaya..mwahahaha..(otk jhat:P)

Qyla said...

bhahahahaha! form 5 dah berkedut ? o.O

razzmatazz said...

Ecehh! Suka la tu.
Tak boleh bla.

zikeryhassan said...

ahaha. terbaik. aku umo 21 tapi org ingat aku 15 tahun.



*kalau boleh buang la word verification kat komen eh :)

khalifah said...

best apa orang cakap kita matured..maknanya kita ni dah ada tanggungjawab besar..hhhehee...
ni wawa selalu kena tanya soklan : form brpe? padahal wawa dah u..sedih2.. :)

erleena said...

haha mg xske form 5 tgok mke xmcm pon..;)
waa di jge baik ole ayah nye,its good,leh jd org korporat nnty :)

Nurfarah Anis said...

Well, interesting. tapi kalau orang fikir lebih tua, okay lagi. I am seventeen but people thought that i am 12 years old. lagi teruk -.-

Nurfarah Anis said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...