Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Thursday, March 17, 2011

Kilang Tayar Bukanlah Tuhan...


Hari ni tak ada entry langsung. Sebab hari ni aku tak ada kat rumah. Pagi keluar pergi tusyen, tengah hari terus pergi shah alam. entry kali ni aku nak bercerita pasal diri aku je. Korang tak nak dengar tak apa. Aku tak kesah. Haha..

Pertama sekali aku nak promote satu movie ni. Aku baru tengok tadi. Serius best. Tak tipu weyh.Haha! Semangat gila..Kalau korang dalam dilemma nak tengok cerita apa masa tengah beratur nak beli tiket wayang, haaa..boleh la tengok cerita ni. UNKNOWN..

Aku suka tengok cerita yang buat kita fikir sepanjang cerita tu. Dan pada akhir cerita baru kita faham. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Haha..Nak tau cerita ni pasal apa? Hahaha..Maaf,aku ni seorang yang sangat malas. Korang pergi google, search sendiri.Haha..

Aku keluar tengok dengan kawan-kawan aku yang tak sama sekolah dengan aku. Kira ni sesi melepas rindulah. Kitaorang berpisah lepas PMR bawak haluan masing-masing. Maka tadi aku hilang akal sebentar. Mereka ialah sahabat yang gila lagi menggilakan. Lebih kurang macam takrif air mutlak, suci lagi menyucikan. Haha..

Ni kenangan manis aku hari ni. Namun aku ada lagi satu pengalaman yang bagi aku bestlah yang mengajar aku susah senang kehidupan. Nak kata kenangan pahit, aku rasa tak sebab aku happy je laluinya..Nak tau apa? Haha..Tadi tayar kereta wira aku PECAH. Tengah highway tapi nasib baik dah dekat exit...

Aku dah rasa lain macam je kereta tu. So aku ambil keputusan untuk berhenti kat petronas. Turun je, Haaa!! Tayar dah jadi macam ape tah. Penyek, leper dan memang seram aku tengok. Benda nak jadi,Hebat mana rekabentuk dan kualiti tayar tu, tayar itu bukan tuhan untuk nak tentukan apa-apa.. maka aku terima dengan rileks..Yeahh..aku nak tukar sendiri tapi aku masih lagi dalam lingkungan percaturan tuhan...

Semalam tayar kereta kakak aku pun pecah jugak. So, suami dia ambil semua peralatan kat bonet kereta aku untuk nak pergi tolong kakak aku. Sudah menjadi suratan, aku tak boleh nak tukar tayar tu sebab tak ada alat. Terpaksa la aku jalan kaki cari kedai tayar...Best kan??Hahaha..

Itu je la kot untuk malam ni...Aku ingat nak buat segmen malam ni tapi tak sempat. Tak ada masa la pulak..So aku akan buat esok,insyaallah..Doakan semuanya berjalan lancar. .Segmen yang aku buat ni ialah macam aku syok sendiri. Buat segmen tapi tak ada orang nak masuk. kesian Haha..

Mood: Andai kat tayar meletup masa aku tengah bawak laju macam mana? Terkuburlah blog ni..sebab apa? Mungkin sebab aku pun terkbur sekali..Ya Allah. matikanlah aku dalam keadaan yang baik..=)

5 comments:

Adibah Ishak said...

aduhhh..pecah? cik fahmi berat sgt kot..haha!

baguss..best tu tahu rasa susah! hoho

khalifah said...

tayar pecah panggil mekanik la.. hehehhe :)
apa2 pon,crte UNKNOWN tu nmpak cm best je

razzmatazz said...

Haah. Nampak cam best je. Nak tengok! Nak tengok! Haha!

TalkingKeyboard said...

fuhhh, mcm best la pulak citer unknown tu. kena fikir spnjng citer? mcm inception 0_o

erleena said...

sayu nye bce :)

jrg jmpe org y olweys tink +ve
nice to meet ya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...