Entry kali ini aku tujukan untuk diri aku.=)
Kalau rindu macam mana?
Ada orang pernah tanya aku, kalau dia rindu seseorang ni macam mana? Setiap kali nak lalui rutin harian mesti teringat kat si dia. Sering rasa terganggu. Rindu sangat-sangat. Namun perasaan rindu itu tak dapat nak diluahkan. Mungkin kerana si dia berada jauh atau tidak dapat dihubungi. Yang hadir selepas perasaan rindu itu ialah kesengsaraan menanti. Hidup rasa tidak bermakna tanpa dia. Kerana apa? Kerana cinta itu belum pasti. Dia hanya merindui si dia yang belum halal bagi diri ......
Kekosongan yang tak terisi
Aku tak jawab tapi aku senyum sahaja. Apa jawapan yang mampu aku berikan? Pernahkah aku melalui pengalaman sebegini? Aku jawab pada diri aku dengan satu persoalan. Kenapa dia terlalu merasai kekosongan dan kesepian tu? Aku bisa menjawab yang dalam hati dia tidak ada apa-apa kecuali si dia itu. Maka apabila si dia itu tidak ada bersama, jiwa terasa gersang. Kemana isi lain yang patut mengisi ruang di hati?
Ayuh kita isi!!
Jikalau aku meletakkan Allah sebagai peneraju utama dalam hati aku. Jika dia meletakkan Allah sebagai penghuni utama dalam hati dia. Mana mungkin dia akan merasa kekosongan sebegitu. Bolehkah Allah itu sekejap ada dan sekejap tidak ada? Yang mungkin ialah sekejap kita buang Allah dari hati kita dan kemudian kita kutip kembali. Mana mungkin sebuah bakul yang terisi penuh dengan buah-buahan dan kemudian sebiji anggur hitam tercicir maka bakul itu boleh terus kosong. Pasti ada isi yang lebih bermakna di dalamnya. Mana mungkin bila si dia hilang dari dia kita akan merasa kekosongan sedangkan Allah masih ada. Logik bukan?
Isi yang bermakna
Bila sanubari ini sudah terisi 'kekosongan' itu satu yang mustahil. Kehilangan yang sementara tidak mampu menggugat Dia yang kekal selamanya. Hati sentiasa basah. Setiap perkara berjalan dengan indah. Hati kita ketika itu barangkali sudah ditumbuhi taman yang kekal selamanya. Bukan taman bunga yang sementara. Tetapi hasil darinya mampu mengangkat kita terus ke syurga. Dengan cinta kepada-Nya.
Pasti tiada lagi Kekosongan itu
Ada manusia yang bila mana kehilangan isi sementara yang selama ini mengisi jiwa mereka, terus merasa sudah tidak bermakna hidup mereka. Tidak ada apa lagi yang sedang bertakhta didalam hati mereka yang perlu mereka pertahankan. Tiada lagi erti dalam kehidupan. Apa lagi yang mahu diperjuangkan? Cinta mereka sudah tidak lagi berada dalam dakapan. Maka ungkapan "tiada lagi makna hidup aku" menjadi ucapan. Tanpa berfikir panjang, sampai sini sahaja perjalanan aku. Selamat tinggal dunia...Maka matilah seorang manusia yang merasa kekosongan dan kehilangan dalam hidupnya dek kerana hanya kehilangan perkara yang tak abadi. Rugi bukan?
Kekasih sejati,peneman abadi
Isilah hati dengan cinta yang abadi. Bukan cinta yang sementara hanya didunia. Jika cinta kita kepada seseorang mampu untuk meneguhkan lagi cinta kita kepada Allah. Maka cintailah dia sesungguh hati. Namun, jika cinta kita pada dia hanya membentuk jurang antara kita dan Allah maka jauhilah dia. Kerana dengan cinta Allah, kita tidak akan merasa keseorangan, kekosongan, kesepian, atau pun kesunyian walau sedetik kerana Allah tidak pernah hilang walau seketika itu. Benar bukan?
Mood: Semoga dengan entry ini, aku akan sentiasa beringat. Semoga Allah beri hidayah dan kekutan kepada aku......
12 comments:
hahaha... cinta monyet itu biaseee~~~
my etech9[dot]com
Cik Yana mengamalkan prinsip bercinta selepas kahwin sebab itu cinta halal. Tengok pengalaman kawan-kawan, macam-macam ragam bercinta dengan manusia. Baik tumpukan cinta kat Tuhan dulu, nanti InsyaALLAH Dia akan bagi yang terbaik untuk kita :)
Cik yana:ayuh kita cuba mengamalkan prinsip itu..
Ya allah berilah aku kekuatan itu..=)
trase lak . tau la baru lpas clash . :'(
sabar je laa... cikgu pun penah gak rasa gagal bercinta ni.. emm.. peritt wooo.. tapi hidup kena di teruskan...
setuju dgn cik yana kiterr tu....ayuh rerami huhuu
aku tak pernah bercinta. -____-"
adat dalam bercinta...
ada manis...
ada pahit...
Amin...^^
Jangan sesekali bercakap pasal cinta, jika cinta membuang masa. bercakaplah pasal cinta jika cinta itu sudah sampai kewajipan untuk kita.
Al-Qassam:cinta kepada Allah mesti seringkali diperbincangkan.semoga benda yang selalu kita ucap meresap kedalam jiwa kita.Jika kita selalu bercakap tetang kehebatan pemain bola maka kehebata itu yang akan meresap kedalam jiwa namun jika kita bercakap tentang keindahan cinta Dia,maka keindahan itu akan berputik dalam jiwa kita.betul tak?=)
cintailah yang maha Esa
Post a Comment