Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, March 13, 2011

Siapakah Anak Kita??


"Sayang, nanti bila kita dapat anak nak bagi nama apa eh?"

"Eh,nanti tu bila?"

"Ala u ni, lagi 15 tahun la. Takkan sekarang kot."

"Betol jugak kan, kita baru umur 10 tahun takkan nak dapat anak dah kan.."

Kat atas ni dialog seorang pasangan kekasih yang sedang hangat-hangat tahi ayam bercinta. Baru 10 tahun beb dah pandai sembang macam aku lagi 5 tahun. Hebat kan? Tak mustahilkan kalau tengok realiti zaman sekarang? Siap dah bincang nama anak yang dorang bakal dapat lagi 15 tahun .(kalau sempat tahan kemaluan la) Haha..

Maka malam ni aku bukan nak bukak topik kekasih gelap, anak luar nikah mahupun nikmat seks luar nikah ataupun azab seks luar nikah. Tapi aku nak sembang dengan korang pasal Nama anak kita. Kita? Bukan, anak masing-masing. Anak aku bukan anak kau dan anak kau bukan anak aku. Haha..

Korang mesti pernah terfikir nak bagi apa kat anak korang bila dah dapat anak kan. Tak pernah? Jangan nak jadi penipu kat dalam belog aku ni. Korang mesti pernah terlintas "Eh,nama Jenap sedap jugak,nak bagi nama tu kat anak aku lah nanti". Betul tak?

Apa nama kegemaran korang? Nama kegemaran aku Aisyah dan Iman. Nama yang aku nak bagi kat anak aku simple sesimple 123 je. Aku tak nak bagi nama kat anak aku panjang-panjang. Kenapa???

Kalau nama panjang berjela-jela cuba korang bayangkan masa anak kita nak duduki peperiksaan, betapa seksa dia nak tulis nama dia sendiri. Buang masa!!Contohnya...
Tengku Suria Pagi Muhammad Ahmad Abdullah Fahmi Muslim Heidi

Sabar...Itu baru nama dia, kalau dapat pulak bapak yang nama lebih kurang nama nak panjang seperenggan macam tu?
Tengku Suria Pagi Muhammad Ahmad Abdullah Fahmi Muslim Heidi Bin Tengku Suria Petang Muhammad Ahmad Abdullah Arief Mukmin Zaidi

Tak ke dah masuk dua perenggan nama dia? Kesian nak isi borang peperiksaan. Orang dah nak hantar kertas periksa, anak kita ni baru habis tulis nama dia.(hiperbola sikit). So janganlah bagi nama panjang-panjang...
Kalau nama panjang, nanti kawan dia panggil Mi je. Penat-penat bagi nama panjang tiba-tiba orang panggil Mi je? Apa maksud Mi? Setiap hari panggi Mi last2 muka jadi macam MI. Percakapan tu doa,betul tak? Haha..

Cuba bangi nama pendek macam iman, mesti orang panggi iman jugak. Maka anak aku yang bernama iman insyaallah bakal menjadi orang yang beriman.Aminnn..Bagi nama yang semudah ABC supaya orang tak payah nak pendekkan sehingga tak ada maksud dalam panggilan tu.

Maka korang yang baca ni nak bagi nama apa? Panjang ke pendek? Fikir-fikirkanlah~

Mood:nama aku pun panjang nasib baik orang panggi Fahmi jugak. Jangan panggil aku Mi, aku taknak jadi mi.Haha..

21 comments:

Aesya Zealous said...

hai mi kari..hahaha..suke nama Aisyah..haha bagus2.. letak nama anak, nnt jd cam aku. baik orgnye..kah3

Anonymous said...

er, bukan pakar kanak2, tp ala2 penceramah agame . hee . tp bile bace post , tak la agame mane . haha

Anwar Faiz said...

a'ah..betul gak cakap kau..kalau nama panjang2 memang buang masa tulis masa tengah exam..sokong sokong!

Anonymous said...

oh lupe lak . dulu lah, time aku ade pakwe, aku nak name anak aku amir farhan kalau boy, law pompuan, cam name aku cket kot . tp ubah jd farhana ke, hape ke . aku nk dye jd happy go lucky cam aku . hee . farhan kn mksodnye kgembiraan :)

Farah Hanim Mohd Alwi said...

Qaisara Jannah ; permaisuri syurga.
*winkwink* bersyukur sbb ade name pendek, org panggil farah jee.
fahmi ? ouh nama adik farah. tk kisah kalau die jadi mi, ngehngehngeh. sometimes rase mcm nk tergelak dgr name punyelah pnjg, tp tade maksud
=='

FAHMI said...

FH"Sedap-sedap nama..Nama anak buah fahmi iman je.Satu je,simple kan?Hehe..

Farhanny:Fahmi pun happy go lucky,ada kaitan ngn nama fahmi tak?Hehe

AF:Nama aku panjang weyh..leceh.haha

Intan7 said...

time spm tak pyh tulis nama, angka giliran dgn ic je..hehe

intan suak nama Raisya.. cam lawa je..

Anonymous said...

errr (garu kpale)...
stahu aku a, fahmi tu takde kaitan ngan mksod gmbire pon ? hehe

nak ank kau baik, letak name khairun . mksodnye baik :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

ada juga terfikir pasal nama anak nanti.. yang pasti nama tak panjang berjela.. setakat dua patah perkataan aje.. kalau nama panjang berjela pun nanti keluar juga nama singkatan.. orang akan ingat nama singkatan lebih dari nama penuh.. jadi tak perlu rasanya nama panjang2 ni.. petak untuk isi borang pun tak cukup nanti..
kalau anak perempuan panjang2 buat susah bakal suami dia nak sebut bila akad nikah nanti..

FAHMI said...

WST:hahaha..bab susah bakal suami nak sebut tu menarik.best!

IS:nasib baik Ic je kan?Huhu

e|m|a said...

ni luahan hati seorg anak yg bernama panjang ke?haha

Anonymous said...

salam...betullah apa awak cakap...nama sy pon panjang mmg payah sampai 2baris, last2 orang panggil mie...tp tak salahkn bapak...hehe

ghost said...

paling mudah bagi jer nama anak 3 huruf...simple dan sangat mudah untuk diingat...

tapi kalau menyentuh soal agama,cari lar nama yang sangat indah dan punya makna keislaman..

Akhelaken said...

nama aq anak ikan, boleh?? hahaha :P

Alia Azmi ◕‿◕ said...

Tengku Suria Pagi Muhammad Ahmad Abdullah Fahmi Muslim Heidi Bin Tengku Suria Petang Muhammad Ahmad Abdullah Arief Mukmin Zaidi

apesal panjang gile name tuu . kalah name alia x_____x

TeAqArH said...

setuju sgt la to..duk bg name anak panjang2..
sian ke anak too...
mesti in dya pun ade 2...
sbb njg sgt name...

farid fizi said...

segmen apa fahmi ?? :)

Nor Suhaiza said...

huhuhuh...
nama aku nor suhaiza.orang panggil memey...da ke patot.nama anak aku nnti xnk da kaitan dgn artis.nnti kna cop tmpg glamer.2xpew ag..wtnyer artis 2 da rekod xcun mnurun lak kat anak aku.
tapi suka nama yang ada 'MIA', 'BATRISYA', 'ELLISYA'

Ain Shdn said...

ekeke... nama anak CB? xterfikir lagi. HAHAHA !

EJA said...

dah join http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html

Fariehan Ibrahim said...

http://coretanakukahini.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html

saya join! (^^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...