Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, March 19, 2011

Tips dari Fahmi di kala tengah hari....

Salam~

aku tengok balik diri aku ni..Wahhh!! aku ni agak energetic. Semangat sentiasa. Orang cakap aku happy-go-lucky. Bab happy tu aku setuju tapi lucky tu aku tak pasti. Haha..Korang punya life macam mana? Happy??

Ada seorang kawan blogger aku ni, nama aku rahsiakan. Dia mengadu kat aku yang dia rasa diri dia membosankan. Kenapa? Dia cakap blog dia membosankan. Orang tak nak baca blog dia ke?Ohhh..tidak sama sekali sebab dia otai. Aku ni newbie yang selalu mintak tips dari dia so aku tak rasa dia membosan kan!!

Aku sebagai seorang blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog ni dengan ini nak kongsi satu tips untuk anda. Aku malu sebenarnya bila nak cakap pasal tips ni sebab aku pun tak hebat mana. Tapi aku tetap rasa tergerak untuk kongsikan. Tips agar anda merasa hebat dan seronok untuk berbloging. tidak merasa bosan untuk blogging..Macam mana ya???

Pertama sekali ayuh kita bersyukur atas nikmat kehidupan ni. Aku tidak percaya ada orang cakap kehidupan dia membosan kan sebab hidup ini sentiasa best jika...Kita menghayatinya. Botol tak? Cuba korang hayati, mesti korang rasa best...best kan?

Bila korang dah merasai keseronokan itu, apa yang nak ditunggu lagi? Curahkan keseronokan itu kedalam blog korang. Biar orang lain dapat merasa kesoronakan itu bersama. Perkongsian yang boleh menggembirakan orang dan sudah tentu diri kita juga pasti gembira bila orang gembira. setuju ke apa aku cakap ni??

Yang menjadi masalah ialah kita rasa hidup kita bosan. Itu bosan. itu salah,ini salah. Ahhhh..frustnya hidup aku. Kenapa aku hidup macam ni? kenapa orang lain best je hidup diorang? Bila korang rasa macam ni, dan menulis dalam blog maka dunia blog akan merasa kebosanan anda. akan merasa ke-frust-an anda. Maka anda akan merasa diri anda bosan kerana memang anda membosankan. Teruss... anda putus semangat untuk berblogging.

Kesimpulannya...Hidup dengan pandangan yang positif. Lalui hidup anda dengan penuh keghairahan. Pasti anda menjumpai keseronokan itu. Luahkan dan kongsikan keseronokan itu dalam blog kita. Biar pembaca dan orang sekeliling kita merasai bersama. Baru kita rasa seronok dan tidak membosankan.Yeahhh...Ayuh bawa semua orang kearah hidup yang lebih bermakna..To a better world.Peace~

Mood:blog aku ni macam bosan je..Eh eh..think positif, aku kena tingkatkan suasana keseronokan blog aku ni. Thinks positive always!!=)

4 comments:

cikcleopatra said...

yup!!think positif..ur life will be better! ;)

Unknown said...

Patut la blog saya bosan....betul tade org nak baca....isk3

~$AKURA M!AKA~ said...

betui tu kte kne think positif..

Aesya Zealous said...

bosan itu saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...